<!–[if !mso]>
st1\:*{behavior:url(#ieooui) }<![endif]–>
st1\:*{behavior:url(#ieooui) }<![endif]–>
Menurut Al-Ghazzali falsafahsecara ringkasnya dikatogerikan kepada enam aspek penting iaitu matematik,fizik, metafizik (ketuhanan), politik, logik dan etika (akhlak). Logik merupakansuatu ilmu hujah, pendalilan serta pembuktian. Sumbangan Al-Ghazzali dalambidang ini dapat dilihat dalam 2 bentuk iaitu dari aspek pengajaran danpenulisan. Kedua – dua bentuk sumbangannya menerusi dua kegiatan ini telahmemainkan peranan penting dalam usahanya untuk memantapkan Logik sebagaidisplin ilmu yang boleh digunakan sebagai alat untuk membahaskan ilmu – ilmuIslam.
Beliau mampu menguasai bidang ini walaupun tidak dibimbing secara khususoleh mana-mana guru yang berketokohan dalam bidang ini. Namun, al-Juwaynilahsatu-satunya guru yang memberikan pendedahan awal kepadanya tentang asaspemikiran Logik. Al–Ghazzali mengambil inisiatif sendiri mengkaji displin inimenerusi pembacaannya terhadap karya-karya falsafah.
Peranan Logik dapat dijelaskanlagi melalui 3 hasil karya ilmiahnya iaitu Mi’yaral-‘Ilm fi al-Mantiq, Mihak al-Nazar danAl-Qistas al-Mustaqim. Kitab Mi’yar adalah karya terunggul al-Ghazzali.Penghasilan karyanya ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri, khususnyabagi menjelaskan komitmen beliau terhadap Logik sebagai suatu neraca ukuranatau piawai bagi ilmu pengetahuan. Al–Ghazzali telah menilai Logik sebagaineraca ukuran bagi kegiatan berfikir yang dilakukan oleh manusia, khususnyabagi membezakan pemikiran yang betul dengan yang terpesong dari asas kebenaran.Neraca ukuran inilah yang digunakan olehAl-Ghazzali untuk menilai pemikiran manusia, misalnya beberapa pandangan ahlifalsafah yang tidak dipersetujuinya. Walaubagaimanapun, kebahagiaan bukan hanyadapat dicapai menerusi penghasilan atau pencapaian ilmu berguna hasilpenggunaan neraca ukurannya yang tepat, tetapi juga terletak pada sejauh manamanusia mampu mengamalkan amalan dengan baik. Maka, beliau berusaha pulamenghasilkan karya lain bertujuan untuk menilai amalan yang dilakukan olehmanusia. Karya tersebut dinamakan sebagai MizanAl – Amal yang bermaksud neraca ukuran bagi sesuatu amalan.
Karya seterusnya ialah kitab Mihak Al- Nazar. Kedudukan karya inihampir sama dengan kitab Miyar, sama ada dari segi isi kandungan atau fungsinyadi mana beliau cubamengetengahkan logik ini sebagai piawai penilai akan kesahihan sesuatu ilmupengetahuan. Mihak al-Nazar bolehdidefinisikan sebagai ukuran penentu kesahihan sesuatu penelitian. Al-Ghazzalimenerangkan kepentingan kaedah Logik sebagai Mihak al-nazar dalam mengawasi pemikiran manusia daripada melakukankesilapan dalam berfikir. Seterusnyakitab Al-Qistas al- Mustaqim yangbermaksud “neraca timbangan yang lurus” adalah sebuah karya terpentingal-Ghazzali dalam bidang logik. Penggunaan istilah Al-Qistasal- Mustaqim adalah sebahagian daripada percubaan al-Ghazzali bagimenonjolkan displin Logik yang berperanan sebagai pengawas kegiatan berfikirmanusia. Kitab ini adalah karya al-Ghazzali terakhir yang menggunakan Logik untukmempertahankan prinsip – prinsip ajaran islam. Al-Ghazzali mengeluarkan neracatimbangan ini terus daripada Al-Quran kerana apa yang dianggapnya sebagai Al-Qistasal – Mustaqim itu adalah rakan akrab kepada Al-Quran, sebagaimana yangdinyatakan oleh Allah s.w.t. menerusi firman-Nya dalam surah al-Haddid : 25yang bermaksud :
Demi sesungguhnya!Kami telah mengutus Rasul-rasul kami dengan membawa
bukti – bukti dan mu’jizat yang jelas nyata,dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka kitab suci dan keterangan yangmenjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan.
Daripada firman di atas dapatdiperjelaskan bahawa Al-Ghazzali mengutarakan unsur – unsur agama dalamkaryanya. Daripada ketiga – tiga karya di atas, dapat dipersetujui bahawa Al-Ghazalimengajak manusia untuk mengkaji ataumenilai sesuatu perkara melalui akal fikiran yang dianugerahkan dengan tepatsebelum membuat kesimpulan terhadap sesuatu fakta. Al-Ghazali mendapattentangan yang hebat oleh tokoh pemikir islam terutamanya di kalanganulama. Hakikat yang harus di akui ilmuLogik ini tidak begitu mudah untuk difahami malahan tidak begitu digemari olehkebanyakan umat islam pada zamannya. Ianya mendapat tentangan yang hebatdisebabkan pengasas ilmu Logik ini tidak beragama islam iaitu Aristotle, makaada diantara sebilangan masyarakat mengganggap karya logik ini adalah karut –marut dan akan membawa kepada kesesatan serta kekufuran. Walaubagaimanapun,Al-Ghazzali tetap berusaha untuk mempertahankan ilmu Logik ini di mana beliaumengatakan bahawa mengenali kebenaran melalui seseorang yang menyuarakan, bukanmelalui kebenaran itu sendiri yang disuarakannya merupakan kesilapan yangpaling nyata.
Ilmu logik ini juga adalahbersumberkan akal semata – mata dan tidak bersumberkan wahyu. Walaupun padazahirnya tidak terdapat hubungan yang boleh dilihat antara ajaran wahyu denganfalsafah yang terkandung di dalam displin Logik, namun kemungkinan wujudhubungan antara kedua – duanya tidak boleh ditolak secara mutlak. Hal inikerana berdasarkan catatan sejarawan islam, misalnya al-Syahrzuri, Tasy KubraZadah yang mendakwa displin ilmu Logik adalah warisan ilmu peninggalan para anbia yang diturunkan oleh manusia daripada suatugenerasi kepada generasi yang lain. Ini bermakna tamadun Greek pada logiknyajuga telah turut sama terpengaruh dengan beberapa peradaban islamsebelumnya.
